skkgdelima.blogspot.com
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DELIMA, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN
Ahad, 13 Februari 2011
SALAM MAULIDUR RASUL
Ahad 13 Feb 2011 - Selamat menyambut perayaan sempena kelahiran junjungan besar kita, nabi Muhammad S.A.W. pada hari Selasa 15 Feb 2011. Sekolah bercuti sehari sahaja ! Jangan nak lebih-lebih pulak. Ucapan ini ditujukan kepada semua warga SK.Kg.Delima. Ingat banyak-banyak kat Rasulullah S.A.W. pembawa rahmat kepada seluruh alam.
Khamis, 3 Februari 2011
SELAMAT TAHUN BARU CINA
Khamis 3 Feb 2011 - Ucapan SELAMAT TAHUN BARU kepada cikgu Wee Yang Suat, Chua Tong Fa dan Tiu Saw Kheng daripada seluruh warga SK Kg Delima. Semoga tahun ini lebih sejahtera dan harmoni. GONG XI FA CHAI.
Ahad, 30 Januari 2011
SELAMAT BERSARA PUAN WEE YANG SUAT 01 FEB 2010
Ahad 30 Jan 2011 - Selamat Bersara diucapkan kepada Puan Wee, Penolong Kanan Kokurikulum sekolah ini. Beliau telah memulakan khidmat sebagai seorang guru pada 01.01.1976. Setelah berkhidmat selama 34 tahun 1 bulan, beliau bersara pada usia 55 tahun 4 bulan . Puan Wee bertugas di sekolah ini bermula pada 01.02.2009. SELAMAT BERSARA daripada semua warga SK Kampong Delima.
Rabu, 26 Januari 2011
PENCERAPAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN e-Cakna
Rabu 26 Jan 2011 - Jawatankuasa pencerapan p&p 2011 telah mengadakan mesyuarat kali pertama pagi tadi. Jawatankuasa telah memutuskan beberapa perkara berkaitan pencerapan p&p. Semua guru adalah dimaklumkan supaya sentiasa siap siaga dan bersedia sepanjang masa bagi siri pencerapan ini. Selain daripada pentadbir-pentadbir di sekolah ini, pihak PPD dan juga JPN akan turut sama turun padang bagi menyempurnakan tugasan ini. Pencerapan akan bermula bulan Februari - Jun (Fasa 1), dan Julai - Oktober (Fasa 2). Semua laporan akan dikemaskini ke dalam program e-Cakna yang telah disediakan.
Ahad, 23 Januari 2011
PERSEKOLAHAN HARI SABTU SEMPENA TAHUN BARU CINA 2011
Ahad 23 Jan 2011 - Persekolahan hari Sabtu bagi sekolah ini telah bermula kelmarin 22 Jan 2011 menggunakan jadual waktu hari Ahad. Persekolahan ini adalah bagi menggantikan cuti yang diambil pada Ahad 30 Jan 2011 sempena Tahun Baru Cina. Persekolahan ganti seterusnya adalah pada 19 Feb menggunakan jadual waktu hari Isnin, dan yang ketiga pada 5 Mac dengan menggunakan jadual hari Selasa. Harap maklum.
Sabtu, 22 Januari 2011
MOTIVASI CALON UPSR 2011
Khamis 20 Jan 2011 - Satu perjumpaan di antara JK UPSR Sekolah dengan ibubapa calon-calon UPSR tahun 2011 telah diadakan hari ini. Calon-calon seramai 63 orang dan ibubapa juga telah menyertai motivasi khas untuk mereka yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Khalid b Wok, Kaunselor Pelajar dari SMK Bunut Susu, Pasir Mas. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdullah bin Othman, Guru Besar SK Kampong Delima. Encik Azami b Mohamed, Yang DiPertua PIBG turut hadir dalam majlis itu. Syabas untuk jawatankuasa penganjur !!
Langgan:
Ulasan (Atom)
