Rabu, 26 Januari 2011

PENCERAPAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN e-Cakna

Rabu 26 Jan 2011 - Jawatankuasa pencerapan p&p 2011 telah mengadakan mesyuarat kali pertama pagi tadi.  Jawatankuasa telah memutuskan beberapa perkara berkaitan pencerapan p&p. Semua guru adalah dimaklumkan supaya sentiasa siap siaga dan bersedia sepanjang masa bagi siri pencerapan ini. Selain daripada pentadbir-pentadbir di sekolah ini, pihak PPD dan juga JPN akan turut sama turun padang bagi menyempurnakan tugasan ini. Pencerapan akan bermula bulan Februari - Jun (Fasa 1), dan Julai - Oktober (Fasa 2). Semua laporan akan dikemaskini ke dalam program e-Cakna yang telah disediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan